Welcome To TZmito Website
 

Index > Bike Section > Bike Clinic > Power Valve

Power Valve ( YPVS )

Sebagaimana yang kita tahu , Yamaha TZM 150 mempunyai masalah yang amat terkenal iaitu kebocoran pada Power Valve ( YPVS ) .

Penyelesaian Masalah Power Valve Tzm

Setelah dikeluarkan bush dari power valve:-

1) Masukkan dahulu lapisan aluminium yang telah digunting mengikut saiz longkang O-Ring dan masukkannya kedalam longkang O-Ring tersebut .

2) Kemudian masukkan O-Ring kedalam longkang O-Ring (menindih aluminium) dan pasang semula pada power valve . Pastikan kedua-dua penghujung aluminium yang telah digunting bertemu tetapi tidak bertindih apabila diletakkan kedalam longkang O-Ring . Bilangan lapisan aluminium bergantung kepada kehausan blok enjin , tambah lapisan aluminium jika bush yg telah dimasukkan kedalam enjin masih longgar atau minyak masih keluar .

Jangan terlalu ketat kerana ia akan mempercepatkan kehausan pada O-Ring . Untuk hasil yang lebih baik , adalah lebih baik jika dibelikan bush dan O-Ring baru yang original . Mungkin ramai yang ragu-ragu pada ketahanan aluminium foil didalam enjin tetapi sebenarnya ia cukup tahan untuk menahan haba kerana aluminium itu sendiri memang direka tahan panas ditambah lagi dengan O-Ring yang berada diatasnya maka aluminium tersebut tidak menerima haba secara terus dari kebuk .

Terima kasih kepada JDX kerana memberi tip ini .

Comments or questions to:TZmito

 

Article's

Mod's

Our Bike Spec

Product List

Bike Clinic

Riding Clinic

Multimedia

Links

Contact Me

Fri 10/31/03