Index > Bike
Section > Article's >
Mallaca
Mallaca
Convoy
Yang pergi : aku , rahman dan shah al-amin
a.k.a. shah
Time pergi nih musim cuti sekolah . Dulu man
dah pernah pergi melaka dengan aku tapi man tak puas hati
pasal tak dapat travel satu melaka . Yelahkan mane la sempat
nak jelajah satu melake kalau hari jumaat sampai pastu hari
sabtu petang tu jugak nak balik . So man pun bercadanglah
supaye bercuti di sana dan shah pun nak ikut jugak . Takper
la . Lagi ramai lagi bagus . Meriah sket .
Ni gamba mase aku dengan man pergi berdua aje . |
|
Ade ke pi ambik gambo tepi highway . Bahaye woo ..
|
Hari dimulakan dengan bissmillah dan berkumpul
di rumah marshellnye yang best dan gempal iaitu aie pada
pukul 9 am sharp . Memule brieffing ( taklimat ) diberi
oleh aku berkenaan peraturan berkonvoi , jalan yang akan
digunakan dan bahaya / halangan yang mungkin akan dihadapi
semasa dalam perjalanan . Tepat pukul 10 am , kami bertolak
dari umah marshell menuju ke bandar bersejarah , Melaka
. Semasa dalam perjalanan sesuatu yang kami tidak jangka
telah berlaku iaitu hujan yang lebat . Oleh kerana hujan
yang lebat , kami bersetuju untuk meneduh di bawah jambatan
sebelum menuju ke perhentian pertama kami . Semasa dalam
perjalanan ke perhentian dengkil , satu lagi halangan telah
berlaku . Moto man mengalami kerosakan internal dimana air
memasuki bahagian carb dan bercampur dengan minyak menjadikan
enjin tidak dapat dihidupkan . Apa lagi tolak laa . Tulah
mann . Aku dah kate , jangan operate air-box tu .. Haa .
Kan dah susah .
Ni mase moto man rosak kat seremban.
|
|
'Ahh legaaa' Kata shah . tu time baru sampai kat umah
mak |
Setelah sampai di perhentian Dengkil di highway
Elite , Man dengan shah kene pi isik minyak pasal tak isik
minyak mase baru nak pi . Ceh hampeh betul . Pi la isik
awal-awal kan senang . Aku pun salah jugak pasal lupe nak
tanyer dieorang dulu . Lepas isik minyak pi minum dulu sementara
menunggu hujan reda sedikit . Lepas minum , pi repair moto
then sambung perjalanan . Setibanya kami di seremban , moto
man lagi skali mengalami masalah yang sama . . Apelagi tolak
la sampai perhentian seremban . Check punyer la check ni
kene operation nih .Yang ni lame sket nak repair . Kene
bukak sumer parts carb dan setting balik . Tepat 1 jam dan
15 minit selepas itu , kami memulakan kembali perjalanan
kami yang tergendala . Berhenti kejab kat perhentian ayer
keroh pasal man dengan shah nak isik minyak lagi . Moto
aku takyah isik pasal dari rumah dah isik full tank .
ni kat perigi hang tuah . tempat nih
dekat dengan umah nenek
|
|
ni pun kat situ jugak
|
Kami terserempak dengan superbike dalam unit
yang banyak . Ishh geram jer mata tengok . Tambah plak ade
sorang minah rider bawak R1 parking sebelah aku . Arggghhh
lagi sakit atii . Bile la nak dapat moto besar macam tu
. Lepas dah cuci mata tengok moto superbike orang singapore
, kami pun terus menyambung perjalanan dengan moto buruk
kami nih . Kami sampai di rumah mak aku pada pukul 3.28
pm . Bayangkanlah betapa lamanya kami redah ujan . Hujan
masih tidak berhenti walaupun kami sudah sampai di Melaka
. Selalunya perjalanan ke melaka hanya mengambil masa 1
jam 30 minit sahaja ( aku sorang aje la ) .
ni kat depan dataran melaka |
|
tempat yang sama |
Sampai -sampai jer man dengan shah tido sampai
la keesokkan harinya . Pukul 7.25 am baru bangun . Mesti
penat giler bebudak nih . Aku takpe pasal dah biase jalan
jauh naik moto . Man baru second time , shah plak first
time sampai melaka . Memang la FLAT . Pagi tu kami pi meronde
satu bandar melake ( tempat yang menarik sahaja ) . Tempat
pertame kami pergi ialah Taman buaya pasal shah asyik sibuk
tanye nak pi taman buaye . Aku campak ko dalam kolam buaye
tu karang shah ! . Malam tu , man dengan shah pi borong
chencalok . Man beli dalam 15 botol . Nak meniage kat PJ
kot . Keesokkan harinya kami bertiga balik ke Selangor .
Alhamdullilah tiada aper-aper halangan yang berlaku dah
kami sampai di Taman medan pada pukul 1.30 pm . Kemudian
menuju ke rumah masing-masing dengan badan yang ponat .
man dengan sedare baru diee di taman buaye , melaka
. jgn marahhh |
|
ni kat taman rama-rama ...Melaka |